Cursor

Animated Superman Logo

Thursday, 13 March 2014

Kebingungan

Entah kat mana silap aku
Pelik pun ada, bingung pun ada, musykil pun ada, rasa bersalah pun ada
Aku tertanya-tanya kat mana silap aku
Sampai aku tanya sepatah pun tak dijawab
Pelik sangat perangai dia malam ni
Kalau tak suka dengan cara aku bagitahu jaa
Aku tak kisah dan takkan marah
At least aku tahu di mana silap aku dan aku akan cuba betulkan
Aku manusia juga
Ada hati ada perasaan
Kalau buat aku macam tunggul kayu, entah lah apa nak cakap
Sakit hati sangat
Tapi aku taknak tuduh melulu
Kalau aku ada salah tegur jaa, aku no hal
So buat masa sekarang ni aku taknak ganggu dia lagi or taknak contact dia lagi
Aku akan tunggu sampai dia contact aku
Sebab perempuan makin dipujuk, makin dirasuk
Last-last aku jadi bertambah sakit hati
Aku nak benda ni setel elok-elok
Takmau sampai jadi gaduh
Kalau ya pun ada problem, cakap ja lah dengan aku
Apa gunanya aku ni?
Hiasan saja ka dalam hati kau?
Atau tempat menghilangkan rasa bosan?
Bila tak bosan tinggal aku, bila bosan cari aku. Macam tu?
Kalau dah taknak dengan aku, bagitahu jaa
Jangan dera perasaan aku, jangan tambah parut lagi
Aku tak tahu nak cakap apa dah
Apa-apa pun terus-terang ja dengan aku
Kalau rasa aku dah tak diperlukan lagi, tolong bagitahu
Assalamualaikum......

Wednesday, 12 March 2014

SayangKu Batuk Lagi

Memanjang hang sakit noo
Apa pasal lagi ni?
Hurmmm?
Kat mana lagi tak cukup?
Aku mengaku lah aku kurang bagi perhatian kat hang.
Dulu aku selalu ja lap hang, polish hang.
Sekarang ni pon badan hang dah berdaki, kaki pon dah berdaki.
Dah lama aku tak bagi masa aku untuk hang.
Yang aku tau aku naik ja hang, habis naik aku parking balik kat parking lot tu.
Sorry lahh..
Bukan aku takmau luangkan masa aku untuk hang.....
Tapi.....
Aku ada komitmen lain yang lebih penting...
Takpa lah, nanti aku hantar hang kat hospital.
Aku wiring balik full body hang..
Bagi hang rasa dapat perhatian sikit...
Jangan buat perangai lagi naa Sayang naaa? 
Aku sayang hang..
Aku takkan jual lah hang..
Aku nak hang ada ja dengan aku....
Hang bini no 2 aku tau dak....
HAHAHAHAHA !!!!!
Pasni jangan buat perangai sangat dah. 
Dah lah sekali hang buat perangai makan modal..
Takpa ni ujian untuk owner hang ni..
Pasni kita pi fix kat mana yang rosak....




    

#AlezekOna

Tuesday, 11 March 2014

Puas Dibasuh

Urghhhh!! Deret kena basuh jaa. Kadang-kadang sakit hati pun ada. Tapi bila renung balik ada baik jugak. Bukan untuk orang lain, untuk diri aku jugak.

Yang aku sakit hati bukan sebab apa, agak-agak lah kalau nak basuh orang pun. Orang lain pun ada hati ada perasaan. Memang cara kita nak sedarkan orang, tapi bagi lah kena dengan cara. Tak semua orang boleh telan apa kita cakap. Memang aku hati batu, tapi hmmm.. Aku pun still ada perasaan. Nak cakap tu biar berlapik bak kata orang tua tua. 

Nabi berdakwah dulu pun lembut lembut jaa. Bukannya guna kekasaran pun. Islam dah ajar kita menegur secara hikmah, bukan tinggal parut dekat hati dia. Kalau yang positif okay lah, kalau negatif? Hurmmm.. Renung-renungkanlah. 

Yes setiap manusia melakukan kesilapan. Kita sebagai saudara, sebagai partner, sebagai family memang kena saling menegur. Business business jugak boss.. Aku tahu kau leader aku, memang aku patut respect, tapi kalau kau dah tinggal parut dekat aku, 10 kali pikir pun belum tentu aku boleh senyum nak hadap muka kau..

Kalau kau tengok muka aku pun pakai hujung mata, lepas ni gua ushar lu pakai mata putih. Langsung gua tak nampak lu punya batang hidung.. Geram betul!!

Tapi mujurlah Allah hantar insan yang bernama Boss Rosman. Aku respect gila babi dekat dia tu. Dia menegur, tapi kena cara. Aku still boleh telan. Kalau takda dia, memang aku tak tahu nak cakap semangat aku hilang ke mana. Paling aku touching time peluk dia. Time tu semangat memang tak tahu nak cakap, berkobar gila. 

Memang aku berterima kasih sangat dengan Boss Rosman. Even bukan dia yang tepuk aku, tapi bagi aku dia lah paling baik dalam ini business. Dia yang banyak suntik semangat untuk aku jalankan liku-liku dalam business ni.. 

Ada apa-apa lagi pasal benda ni aku akan update lagi dalam next entry aku.. Hehehehe.. 

SEMANGAT BOSS !!!!

Monday, 10 March 2014

#Pray4MH370


Aku Tidak Sempurna

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri- 


Padatttt!!

Woiiii, ada patut kata aku gemok. Hahahaha nasib baik lah bakal makmum. Sikit punya kurus dah aku ni. Apa daaa... Btw, biaq lah nak letak nama Afif pon. First post tu. Afif sepatutnya berbangga dengan archievement dia sebab boleh masuk dalam first post aku. Hahahaha.. Archievement "Pembawa Penyakit Sakit Hati". Muahahahaha. Panaih betui dengan mamat tu. Kenapa dia wujud tah.. Haaa ni kira nak mengata dah lani. Astaghfirullah.. Tak baik tak baik. Dia leader lah katakan. Mana boleh kata kat leader. Kita kena A-A B-B.. Hahahahaha..

Tetiba teringat Ramli kata kat anak dia.. Mangkuk betui.. Takmau dah aku kutuk set2 ni. Bagi pahala free ja kat depa. Apa apa pun malam ni aku hadap ja mangkuk mangkuk tu.. Biaq lah apa nak jadi pun, telan lah sikit. Yang tak mampu tu muntah depan muka mangkuk mangkuk ni. Nerhhh padatttt!! *kata nasyat

Katak Pink jangan nak mengata kat aku sangat naa. Bagi nangeh satgi baru tau. Hahahaha.. Lawak ja noo. Satgi hambar pulak kan kalau tak melawak. Nah amik pantun sikit

Anak biawak dalam semai,
Tak melawak tak ramai.

Hahahaha merapu sangat dah aku ni. Takpa lah, beransur dulu lah. Nak cari nasi dulu. Lapaq sangat dah ni..

Assalamualaikum Sayang..

Coretan Dari Hati

Hahahaha actually aku nak tergelak dan aku memikir kenapa aku buat benda alah ni? Ada bakat nak jadi blogger kah aku ni? Hahahaha.. Btw, ni first post aku kat blog. Actually aku ni tak pandai pun nak main benda alah ni. Biasa lah selalu dok layan moto jaa. Ni semua penangan bakal isteri aku lah ni. Dia tak ajak pun aku buat benda alah ni, tapi bila aku ushar blog dia nampak macam menarik jugak kan? Hmmm.. Takpa, kita try slow2 dulu berjinak dengan benda alah ni. Mana tau kot2 boleh jadi blogger kan lepas ni. Hahahaha. Aku takmau merapu banyak2 kat sini, mata pun dok kuyu dah ni.

Tapi...... bila aku nak tidur mesti aku terpikir tentang masalah hari esok, iaitu berdepan dengan AFIF.. Urgggghhh!!!! Tak sanggup aku nak tengok muka dia. Naik sakit hati jadinya. Bukan dia sorang jaa, bercambah lagi orang yang aku tak kuasa nak hadap. Werrr!! Bikin masalah jaa. Bila lah aku nak time freedom ni.. Hurmmm....

Nasib baik lah ada si Katak Pink.. Tenang ja aku tengok muka dia. Tapi kekadang ada jugak rasa nak flying kick dia punya nadi. Hahahaha.. Bukan sebab nak bagi dia mati, tapi sebab nak bagi dia nangeh.. Suka pulak aku tengok muka dia time nangeh. Tapi kalau nangeh terok aku pun cuak. Tapi si Katak Pink  ni memang kaki nangeh. Kena usik sikit pun nangeh. Aduhaii.. Tapi benda tu lah yang buat aku galak lagi nak ngusik. Biasalah aku kan kaki ngusik orang.. Selagi tak nangeh, konfem kena punya.

Actually, aku sayang gila kat si Katak Pink. Tapi malu nak cakap depan dia. Huhuhu.. Pemalu lah kata kan.. Dah la udak ucuk tu tidoq awai malam ni, rindu pulak rasanya. Hurmm.. Apa boleh buat, esok ada kelas...

Aku rasa dah la kot setakat ni. Pasni aku merapu lain. Aku lapaq ni, nak pi pekena nasik bujang dulu kat Lot 10.. Nasik bujang jaa, anak orang susah lah katakan. Duit tak berapa nak cekang. Dengan minyak dok menaik. Hurmm.. Nama pun kehidupan, tipu lah kalau takdak masalah..

Assalamualaikum Cinta...



"KATAK PINK"